Take My Heart
Dugaan bertunang.
July 2, 2016 • 9:51 PM • 0 comments

Assalamualaikum.

Semalam, turun naik dada. Hampir jugak buat keputusan tak masuk akal nak putuskan pertunangan. Takde perempuan lain yang boleh sabar dengan sikap baran lelaki. Maybe perempuan lain dah awal awal angkat kaki macam perempuan sebelum aku. Bila teringatkan baran dia yang buat aku selalu nak jauhkan diri dari dia, cepat cepat aku fikir baik dia.

Dia sangat caring. Sangat! Dia sangat sayangkan perempuan yang ada dalam hati dia sekarang cuma dia ego untuk tunjuk depan depan. Dia tak boleh langsung tengok perempuan yang dia sayang, susah. Dia sangat pemurah. Dia memang sangat baik. Secara jujurnya, lelaki macam dia zaman sekarang ni, memang susah memang payah sangat nak jumpa and yes aku sendiri mengaku memang bertuah sebab kenal dengan dia...

 Tapi, kadang kadang baran dia buat aku nangis tiap malam.

Baik dia ada 1000. Buruk dia ada 1. Yang satu tu kadang kadang boleh tutup yang 1000 tu. Tapi aku yakin sangat satu hari nanti dia boleh berubah. Doa je jangan putus putus.

Semoga Allah kuatkan hati, panjangkan jodoh, permudahkan tiap urusan untuk halalkan hubungan




|
It's Me


Nama diberi Sarah Nabilah. 22tahun bila dah 21 Dec. Bachelor of Science (Hons.) Hotel Management. Pink adalah feveret color Feel free to read, comment and follow. Thanks for your visit ;*



Awesome People
Inche Ijai | Fatin Liyana | Fatyn Bella | Fatin Suhana | Anis Syafira | Zack Zukhairi | Pyka Rahmat | Maria Elena

Qoute ♥

Gossip