Take My Heart
Puasa ketiga dengan awak.
June 6, 2016 • 12:32 AM • 0 comments

Assalamualaikum,

Cepat betul masa berlalu sekarang ni. Dah berapa tahun dah belajar berpuasa tanpa family keliling. Masa mula mula nak adapt kan diri dengan situasi takde mami tu payah juga la. Sekarang ni, makin okayyyyyyy cuma raya tu haru sikit lah tahun ni sebab tak balik kelantan T__T
Dan jugaaa, sedar tak sedar dah masuk 3 kali ramadhan dah dengan orang baru. InsyaAllah tahun depan upgrade jadik husband pulak. Makin besar tanggungjawab nak digalas. Sekarang pun perangai macam budak budak lagi macam mana nak jadi mak budak? Heeee

Tahun bergelar tunangan orang ni agak mencabar sebenarnya. Bagi aku lah. Asal jumpa asal mesej takde pernah lah tak bergaduh. Biasa nya dia tu haa yang kurang sabar orang nye. Cepat betul melenting. Cepat betul bertukar nada. Macam abah (maaf saya buat lagi heheh). Selalu.. Selalu sangat dah sekarang ni rasa macam salah pilih jodoh (padahal Allah bagi heheee), rasa taknak kawin pun dengan mamat tu rasa nak cancel everything! Tapi nya, bila datang je syaitonirrojim yang cuba menghasut aku untuk tak mendirikan masjid, cecepat aku ni fikir semua yang baik baik pasal dia. Manusia takde yang perfect pun tauuuuu.. Aku pun banyak je kekurangan diri. Salah satu duanya adalah aku gemok dan tak lawa but he accpet me for who I am.

dia selalu rasa dia Farid Kamil kehkehhhh


Walaupun dia sangat baran, kurang sabar ada banyak benda aku tak berkenan nak nak dia tu smoker, tapi tiap kali aku cakap "saya tak lawa kan?" atau "saya gemok kan?" wallahi dia tak pernah mengiyakan. Malah bagi support lagi suruh diet sebab nak sihat bukan sebab nak lawa semata mata. Hengko ingat dia suka ke aku ni melawo kat luar? Siap suruh pakai baju muslimah lagi uhukss (suami mithali sangat)
Aku tau dia bukan pun seorang lelaki yang pandang rupa sebab kalau rupa jadi pilihan utama dia dah lama dah aku ni kena talak 4 T____T

And dia pun bukan seorang yang romantik. Romantik ni memang idaman semua perempuan i guess. Nak harap kan surprise ni memang jauh panggang dari api memang tak terlintas kat kepala dia tu haa. Nak bagi hadiah pun bagitau kita kan.. alahai abg sayang.. Bagi hint nk romantic candlelight dinner pun dia buat muka toya. Cakap love you dengan penuh gedik dan lemah lembut dia balas dengan nada yang mendatar. Kita eksaited jumpa dia sengih sengih macam kerang wangi dia buat derk je ubah topik siap aih stress nyeeee. Dalam phone je nak merasa dia tu nak sweet jumpa depan memang kayu habis   hukhukkk.
Tapi berlawanan dengan sikap tak romatik dia tu, cukup risau nya dia kalau aku keluar lewat malam pukul 8 tak balik lagi. Risau nya dia kalau aku tak cukup duit nak makan. sesaat lepas bagitau takde duit nak makan laju je bank in. Demi nak menghalalkan tunang dia yg gedik ni, rela balik pukul 1 2 pagi carik duit berniaga cod sana sini (bab ni sis tak boleh nk cerita lebih, sebak lahhh), berhujan panas pergi kerja pagi balik lewat malam ngantuk ngantuk mata tu bawak kereta bukak tingkap luas luas bior tak terpejam. Hukhukk sedih pulak mengenangkan..

Allah nampak semua yang awak buat. Allah nampak apa yang awak usahakan. InsyaAllah ada manis nya nanti. Terima kasih atas semua benda yang awak dah buat untuk saya. Walaupun banyaknya yang jahat dekat saya, tak pernah kurang sikit pun sayang awak kat saya. Thank you. Thank you so much *nangis sebaldi* terima kasih sebab sudi amik saya yang tak berapa kurus dan lawa ni jadi suri hidup awak forever.

Love you inche ebit abam tunang saya

Besok 6 June 2016 bersamaan dengan satu ramadhan. Selamat menjalani ibadah untuk awak dan semua umat islam seluruh dunia. Raya nanti mintak maaf balik deh?

psstt, saya seronok kutuk awak dalam ni sebab saya tahu kalau saya bagitau awak saya update blog pun, awak mesti lupa nk bukak sebab awak sama macam saya. cepat lupa kekekeke





|
It's Me


Nama diberi Sarah Nabilah. 22tahun bila dah 21 Dec. Bachelor of Science (Hons.) Hotel Management. Pink adalah feveret color Feel free to read, comment and follow. Thanks for your visit ;*



Awesome People
Inche Ijai | Fatin Liyana | Fatyn Bella | Fatin Suhana | Anis Syafira | Zack Zukhairi | Pyka Rahmat | Maria Elena

Qoute ♥

Gossip