Take My Heart
Perempuan kena kuat!
May 13, 2016 • 11:33 PM • 0 comments

Assalamualaikum.

*tarik nafas panjang panjang*

Aku ni kalau boleh zaman 2016 ni taknak dah lah bila tulis tu nak kena cerita benda yang sedih.
Tak syiok lahh.. Kalau boleh nak cerita topik yang best best je walaupun tak seorang pun yang baca. Sape je pun tau pffttt

Tapi malam ni, rasa sedih sangat rasa down sangat rasa macam semua orang taknak berkawan dengan aku. Tadi pun tak bercakap juga dengan sorang dua kawan sekerja. Sampai ke sudah bermasam muka. Hmm salah aku sendiri kot. Jadi aku pun mencari inche tunang dengan harapan dia boleh menenangkan aku..
"Orang yang awak sayang tengah bersedih hati ni..."
"Okay nanti kita pergi makan"

Ada chance lah nak lega kan fikiran sekejap boleh cerita cerita, luahkan feeling. Lagipun malam ni memang berhajat nak balik rumah sebab nak amik barang-barang cheese tart. Maklumlah, peniaga kecil-kecilan nak tolong inche tunang tu kumpul duit kawin... tapi sebab mami pun tak sihat jadi nak ziarah lah sekejap bawakkan kuih sekali untuk dia. Tapi kuih jatuh T___T mintak maaf tak, lagi buat keras buat ego kat situ... *nangis*

Ingatkan boleh bertenang sebentar tetapi tidak.. Baru 5 minit dalam kereta dah kena patah balik. Ingatkan nak tukar jalan lain ke apa.. rupanya hantar balik sebab jalan jem. Memang taknak langsung lalu padahal bukan sebab jem apa, sebab traffic light tu je.
Sampai tadika dengan hati yang hancur luluh terkilan semua ada. Call mami sambil nangis cakap tak dapat nak balik lepastu mami hantar gambar dalam whatsapp makanan yang dia masak. Makin galak menangis tak hingat *lap air mata lagi* sedih bukan sebab tu, sebab mami demam tak larat bangun tapi gigihnya nak masakkan untuk anak dia ni. Mesti dah tunggu dari tadi. Ya Allah.....

************

Besok genap 2 tahun kita kenal. Saya teruja sangat eksaited sangat nak cakap macam macam. Tapi tadi punya kejadian tu.. entah lah. Sakitnya hati subhanallahh.. memang takkan lupa and taknak lupakan..
Perempuan ni, banyak benda dia boleh diamkan je pendam jee. tapi yang pendam ni yang bahaya.. sampai satu tahap bila dia tak tahan, hati dia boleh jadi lagi keras dari batu..





|
It's Me


Nama diberi Sarah Nabilah. 22tahun bila dah 21 Dec. Bachelor of Science (Hons.) Hotel Management. Pink adalah feveret color Feel free to read, comment and follow. Thanks for your visit ;*



Awesome People
Inche Ijai | Fatin Liyana | Fatyn Bella | Fatin Suhana | Anis Syafira | Zack Zukhairi | Pyka Rahmat | Maria Elena

Qoute ♥

Gossip