Take My Heart
Sarah got hitched.
April 24, 2016 • 12:54 AM • 0 comments

Assalamualaikum.

Hai blog gedik. Berabuk pink tak berupdate. Maklum lah cikgu tadika ni busy je memanjang. Nampak je macam kerja senang padahal hari hari stress melayan kerenah parents. Bukan budak budak ye, parents. Hmm.
Kemudian pula, 5hari kerja makan gaji, 2 hari cuti pulun membakar kuih. Buat duit sampingan membantu incik abam carik duit. #projekkawin katanya heuheuuu

Oh btw, sis selamat menjadi tunangan orang bulan lepas. Malas bagitau tarikh kat sini sebab nanti nak test si abam tu ingat ke dak bila masa bertunang *pandang hujung mata*

Biasanya dugaan bertunang ni orang nampak ialah adanya 'orang ketiga'. Tapi aku rasa tang ke diri sendiri ni, dugaan nye adalah duit. Hmm letih juga kadang kadang.. sebab bila kurangnya duit, terpaksa berpulun habis untuk cari duit lebih makanya masa untuk partner masing masing kurang (tu yg aku rasa la). Tapi selalu selalu kena remind diri sendiri ni, semuanya untuk masa depan. Aku ni tiap kali kena buat order malam malam lepas habis kerja, kena buat beratus ratus ketul, aku selalu rasa nak give up.. 'kenapa laaaa aku kena buat semua ni (sambil bergenang ayaq mata)'. Dengan ngantuknya dengan tart nye kdg2 jadi kdg2 tak. Memang rasa macam macam. Taknak buat dah. Taknak tolong dah. Tapi at the end mesti aku akan tersedar balik dan beristighfar panjangggggg... tak baik macam tu. Kan dah ikhlaskan hati nak tolong dia carik duit.. kan ada impian yang perlu dicapai. hmm hiperbola nya bahasa. 

Dan jugaaaa, walaupun mami dah cakap banyak kali takyah buat bisnes sebab nk kumpul duit kawin, tapi aku ni degil juga. Degil bukan sebab apa pun.. tak sampai hati nak biar mami bayarkan kenduri banyak2, tak sampai hati nak biarkan Zack carik duit hantaran sorang sorang... kalau la kawin tu takyah pakai duit kan senang... ............

Doakan semoga dipermudahkan jodoh kami, dimurahkan rezeki nak carik duit lebih...






|
It's Me


Nama diberi Sarah Nabilah. 22tahun bila dah 21 Dec. Bachelor of Science (Hons.) Hotel Management. Pink adalah feveret color Feel free to read, comment and follow. Thanks for your visit ;*



Awesome People
Inche Ijai | Fatin Liyana | Fatyn Bella | Fatin Suhana | Anis Syafira | Zack Zukhairi | Pyka Rahmat | Maria Elena

Qoute ♥

Gossip