Take My Heart
#carasarahkurus
January 2, 2016 • 12:03 PM • 0 comments

Assalamualaikum

Selamat bertahun baru uolls. 2016 ni normally azam setiap gegirls tu kompom nak kurus. Aku lagi ahh.. Tahun lepas tu turun 19kg. Tahun ni nak turun kan lagi 12kg kalau boleh before raya insyaAllah.... and actually dah start diet balik masa December 2015 tuari. Tapi hujung hujung lepas birthday aku la sebab masa birthday tu pun haihhh semua pun nak belanja makan hmm memang lah gemok balik. Tiap orang cara berbeza. Aku tak kaji secara mendalam sangat so maybe banyak cara yang salah tapi aku tak pedulik. Asalkan aku dapat kurus, setel masalah.

Azam 2016 ada dua je.
1. Nak kurus
2. Nak cantiks huhuhu


So sekarang ni rutin setiap hari untuk kurus adalah seperti yang berikut...

PAGI
Lemon - 2x minum. Lepas bangun tidur aku akan minum segelas lemon suam kosong. Segelas lagi aku amik sebelum tidur. TAPI, dari apa yg aku peratikan, ramai cakap minum waktu pagi membantu badan bakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. "Minum air lemon mampu membantu mengurangkan berat badan dengan lebih cepat serta memastikan toksin dalam badan dibersihkan". Sebab tu kulit pun boleh jadi cantik peloles juga sebab toksin dalam badan berkurang and lemon ni ada vitamin c juga. Kalau minum sebelum tidur pulak kalau tak silap aku, membantu untuk dapatkan tidur yang berkualiti ke cemana tah. Google la sendiri sebab takut aku bagi info salah hahaha. Tapi serious lah, lemon memang efektif untuk kuruih.



Ayaq kosong - Lepas setel lemon, breakfast dan jugak Lecithin 3 bijik, terus aku akan continue dengan 2liter air kosong and akan cuba memastikan setel 2liter by tengahari. Ini pun gila efektif kalau nak kurus sebab dia buat kita rasa kenyang je andddd yang penting 0kcal huhuu. Aku minum 4liter sehari.





LUNCH
Iols ni student uols so biasanya ke kafe tu je beli makanan. Kafe pulak dia bukan kira ada orang macam aku tengah diet. Dibantai je masak guna minyak banyak banyak. Gila betul. Jadi, sebagai langkah selamat aku beli sup sayur (elakkan sayur goreng. GORENG kot! minyak jugak) dan sup ayam je (amik ayam je tak amik sup). Kafe ni dia punya gula garam tu tak hingat sikit punya banyak taruk. Ya ampunnn terbantut diet hakak.


PETANG
Workout - Aku buat cardio workout ikut bedio dengan full name workout. Alaaa yang dok sibuk keluor kat twitter kat facebook tu lah. Aku isik nama penuh aku pastu aku buat workout tu lah. Sambungan lepas cardio workout sebab bedio cardio tu 37minit je. Aku nak cukup kan sejam so sambung ni je lah.. Tapi semalam pancit kot. Dapat setengah jam je hmm...



Green Tea - Aku baru beli semalam. So green tea aku minum after workout sebab ada orang tu kata minum green tea lepas workout untuk bakar lemak lagi lama.... Green Tea suam ye kawan kawan. Bukan sejuk. Agak nye kalau sejuk lagi tak sedap kot? Blerghh. Tapi kalau minum sebelum tidur,  pun boleh bakar lemak juga walaupun kau tengah sedap tidur. Gila siapa taknak kan time tengah tidur pun lemak terbakor takyah workout wuuu. Tapi sebab aku pilih untuk minum lemon bangun tidur dengan sebelum tidur, so green tea aku amik lepas workout. Giteww




DINNAH
Ni pun bergantung kepada mood. Kadang2 aku minum nestum oat tu je. Kadang2 roti wholemeal aku telan dan jugak Lecithin 3 bijik lagi. Lepas tu minum lemon segelas sebelum tidur. Tapi rasanya aku nak tukar minum green tea lah. Biar terbakor lemak masa tidur huhu.

*******

So, begitulah rutin nak kurusnya untuk minggu lepas sampai lah sebelum raya 2016. Lemon, green tea, Lecithin.. semua yang aku amik semuanya untuk bakar lemak. Maklumlah, bertahun2 lemak degil berkumpul. Doakan semoga aku kurus sama macam Victoria Beckam tu yee..


Eii nyampah betul. Gemuk nya dulu hmm






|
It's Me


Nama diberi Sarah Nabilah. 22tahun bila dah 21 Dec. Bachelor of Science (Hons.) Hotel Management. Pink adalah feveret color Feel free to read, comment and follow. Thanks for your visit ;*



Awesome People
Inche Ijai | Fatin Liyana | Fatyn Bella | Fatin Suhana | Anis Syafira | Zack Zukhairi | Pyka Rahmat | Maria Elena

Qoute ♥

Gossip