Take My Heart
Blueberry Cheese Tart!
January 30, 2016 • 10:58 PM • 0 comments

Assalamualaikum.

Hari khamis tuari rajin sangat nyaaaaaa nak buat Blueberry Cheese Tart ni. Actually lama dah mengidam lepas tu hari rabu pergi rumah Nad kebetulan kakak ipar dia belikan Blueberry Cheese Tart. Sedapnyaaaaaa! Lepastu esoknya pagi pagi terus ajak mami beli bahan. Me is excited! Oh btw, resipi yang aku buat ni erm ermm... bukan la nak puji diri sendiri tapi nak jugak. Ramai kata dap dap sangat! Aku bagi ramai rasa and semuanya teringin nak makan lagi. Hikhikkk adik pun makan berbijik bijik kemain lagi. Akak dia sikit punya payah membahan crust shell sensorang 7jam kat dapur *nangis*

Okay meh nak ajar step by step...


 Taraaaaaa santek dak?

Ingredients for shell 
• 170gm  butter
• 50gm  icing sugar
• 1nos  egg
• 290gm  plain flour
• 1tsp  esen vanilla
(aku double kan resipi)





How to make it?
1.  Beat butter dengan icing sugar sampai creamy (jangan lama sangat)
2.  Masukkan telur dengan esen vanilla. Beat lagi sampai sebati.
3.  Lepastu masukkan tepung sikit sikit. Kaup guna spatula je sampai la jadik dohhhhh. Siap!
4.  Rest kan doh dalam chiller for 30minit or 1hour. Shell lagi sedap kalau biar doh semalaman



5.  Keluarkan doh dari peti, amik sikit pastu masukkan dalam acuan tu. Jangan nipis sangat jangan tebal sangat.
6.  Dah siap semua, cucuk cucuk pakai garfu then masuk dalam oven 170°c 15minit. (kena selalu jaga jugak sebab shell cepat hangit)

Resipi shell and cheese filling untuk 40pcs tapi aku doublekan resipi sebab memang nak buat banyak. Shell tahan lama tapi kena simpan dalam tupperware kedap udara. So in future senang la tinggal isi filling je heheee


Ingredients for Cheese Filling
• 250gm  cream cheese
• 50gm  castor sugar
• 1nos  egg size B
• 1/2 tsp  esen vanilla
(aku doublekan resipi jugak)


Methods
1. Macam biasa, beat cream cheese and castor sugar sampai creamy.
2. Masukkan telur and esen vanilla. Beat lagi sampai sebati dan gebusss
3. SIAP! heheee 2 steps je


Proses mengisik babiessss

Ikut suka  hati la nak letak flavor apa. Blueberry ke strawberry ke coklat ke nutella ke. Aku sebab ngidam sangat ke blueberry ni so aku beli filling dia dekat kedai bakery. Nak lagi lawo, letak cheese dia tu banyak sikit bior membuncit gitewww. Dah siap letak filling, letak color atas cheese tu lorek lorek kan dia bagi bercorak sikit. Baru lah santekkkk. Pastu baru masukkan balik dalam oven bakor 170c 5minit. Kalau rasa tak masak lagi, tambah lagi seminit dua okay?


Jangan gelakkan corak yang tak lawo huhh


*********

Siap dihidang bagi orang makan. Actually.. aku tengah buat 'Projek Memikat Keluarga Mertua' tu yang gigih sangat buat banyak kikikii. Hmm semua suruh bawak lagi lain kaliiii siap nak tempah yang best tu hikhik. Allahu projek sis menjadi! Semua suka! *ketawa berdekah* Masehhhh sebab makan dengan ikhlasnya sebab saya pun buat dengan penuh kasih sayang heuheuu.




Korang try lah guna resipi ni. Mana tau selera sama dengan aku ke. So far resipi yang aku share semua nya best best dan menjadi insyaAllah hehee. Cuma aku bab deco je failed -__-
Good Luck uols!







|
It's Me


Nama diberi Sarah Nabilah. 22tahun bila dah 21 Dec. Bachelor of Science (Hons.) Hotel Management. Pink adalah feveret color Feel free to read, comment and follow. Thanks for your visit ;*



Awesome People
Inche Ijai | Fatin Liyana | Fatyn Bella | Fatin Suhana | Anis Syafira | Zack Zukhairi | Pyka Rahmat | Maria Elena

Qoute ♥

Gossip