Take My Heart
Transformasi yang berbaloi
December 29, 2015 • 3:08 PM • 2 comments

Assalamualaikum.


Peringatan awal. Teks lebih kepada bercerita sepanjang perjalanan nk kurus tuuuuuuu. Takde tips yang gempak. Cara diet setiap orang berbeza tapi aim setiap orang sama - nak kurus. Kalau tak suka tak payah baca gi main jauh jauh. Aku just nak share perjalanan aku nak turun 19kg that's it.




Start diet masa final year semester diploma. Baru terbangun dari lena yang panjang giteww untuk kurus sebab selama ni ingat kan body macam Victoria Beckam rupanya pinjam badan beruang hm. Semua nya start bila Ellah ajak masuk Weight Loss Challenge anjuran Pusat Kesihatan Uitm (okay saja la nk mention) and grand prize pergi Bandung. Gila siapa tak nak.. Habis kelas kitchen aku pun gi klinik timbang berat and daftar. Masa timbang nak pengsan kot tengok nombor. 89KG!! Nak capai 90KG tahu dokkkkkkkkkkk pastu balik kolej mesej mami abah nangis nangis sebab berat sangat pastu mulut dok berzikir nak kurus nak kurus.

So, this is how it goes...

2014-2015
Breakfast:
Biasa nya aku amik air oat cicah biskut jacobs weetameal or
Cereal brand yogood

Lunch:
Sayur separuh pinggan (ganti nasik), ayam dada seketul dan telur.
(setiap kali lunch aku amik macam ni)

Dinner:
Pun amik nestum oat jugak. 

Exercise:
TIAP TIAP petang buat dance workout dalam bilik selama 30minit atau sejam tapi adakala aku malas so tak jadik tiap petang jugak. 

Motivasi untuk kurus;
- Nak menang weight loss challenge tu haha
- Suka sangat bergambar so bila ada dalam gambar nampak sangat gemuk nak nangis rasa.
- Takde pakwe (sad life)

Akhir 2014 berat baru turun 12kg sebab aku cuti diet berbulan bulan lamanya. lagipun dulu knowledge pasal diet zero. Masa buat diet gini sebulan turun 5kg je. Bulan lepastu tiap tiap minggu turun 1kg. Masa tu dah mula rasa nak give up sebab lambat gila turun. Kadang2 tu timbang naik 300gm naik 700gm. Gila stress padahal benda tu normal je. Pastu... rasa rasa aku menang tak Weight Loss Challenge tu? Harharhar

Top 5 dan sorang je perempuan. Bangga sis huhu

And now misi kurus diteruskan sampai 2016 sebab tahun depan aku ada dua event besar yang paling bermakna dalam hidup so aim seterusnya NAK TURUN SAMPAI 55KG.
So diet plan pun still sama cuma ada penambahan sikit lah sebabnya encik jantung hati tu pun diet jugak and dia study lebih bab bab healthy diet ni so aku Cuma tiru dia serba sedikit lah. Tanya apa yg boleh makan apa yang tak boleh makan.

Breakfast:
-2 slice wheatmeal bread with scramble egg (kalau kt rumah letak telur sekali / half boiled egg / oat krunch / or
-nestum oat or
-BUAH! Biasanya sebelum gi kelas lalu kat kedai buah so memang pagi pagi akan makan buah.

AIR MASAK 2 LITER

Lunch:
Sayur SAHAJA. Kadang2 je amik ayam seketul. Kadang kadang meehun sup depends kepada tahap kelaparan huhu.
**aku tak snacking walaupun sangat membantu sebab aku punya teguk air kadang2 buat kenyang malas nak makan.

AIR MASAK 2 LITER

Dinner:
Biskut. Depends jugak ikut mood. Kadang2 tak makan.

Exercise :
Full name workout dengan cardio workout dalam bilik. Kadang2 zumba kalau rajin terlebih.

Motivasi untuk kurus;
- Nak nampak lagi lawa dalam gambar
- Ada majlis yang perlu dilaksanakan HAHA

No oily food less sugar adalah penting. kot laa haha
And lemon suam lepas bangun and sebelum tidur. Efektif kot! Serious!

So far belum pergi timbang. Nanti lah hujung bulan ni nak gi timbang nak tengok pergi dia macam mana. Aku tak kata diet yang aku buat ni healthy. Macam aku cakap, asal ada inch loss sikit ada turun berat sikit dah okay. Biar lah amik masa setahun lagi untuk dapat 55KG tu. Asalkan den kuruih!



Nov 2015

Begitulah perjalan seorang Sarah dari 89KG kepada 70KG. Banyak tuu bangga dengan diri sendiri. heheh so azam 2015 BERJAYA sedikit ngehngeh. so 2015 paling best lah bagi aku. Kurus dapat pakwe pun dapat. Nak kawin dah kot! hahahaha  tapi yelah kalau bukan atas izin Allah, tak boleh kurus jugak.. Doa je banyak banyak..


Patutlah takde pakwe hmm

Goodluck untuk korang yang nk kurus tu. Kuat displin insyaAllah boleh.




|
It's Me


Nama diberi Sarah Nabilah. 22tahun bila dah 21 Dec. Bachelor of Science (Hons.) Hotel Management. Pink adalah feveret color Feel free to read, comment and follow. Thanks for your visit ;*



Awesome People
Inche Ijai | Fatin Liyana | Fatyn Bella | Fatin Suhana | Anis Syafira | Zack Zukhairi | Pyka Rahmat | Maria Elena

Qoute ♥

Gossip