Take My Heart
Homemade Ice-Cream MIlo Chocolate Chip
November 15, 2015 • 12:16 PM • 0 comments


Assalamualaikum!

Sedikit pengenalan pasal diri aku, dulu belajor dekat UiTM Dungun amik Diploma In Culinary Arts  so aku tau lebih sikit la pasal cara2 pegang pisau which is mak mak kat dapur tak heran pun. Cara2 pegang bawang bila nak potong (pun mak mak kat dapur tak heran). Masa belajar dulu aku suka sangat western and pastry class. Pastry paling suka la. Bila masuk Malay Cuisine punya kelas.... errr buat kari ikan pun tak jadi kari harharhar. Sabor je lah okay dah sampai situ je.

Entry ni nak update sekali dengan Mac Cheese tapi malas nak tulis pepanjang. Harini rajin kita up satu lagi. Pun resipi yang simple amat buat pakai kaki pun dah boleh siap. Preparation time 10mins only! Nampak tak betapa gigih nya aku carik resipi yang simple? Lagipun family aku semuanya suka cokolat. Kek cokolat, aiskrim cokolat, biskut cokolat. Aku je yang suka cheeseeeee walaupun lidah sambal belacan.




Ingredients ;
  • 1 tbsp ovalette
  • 4 tbsp susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 2 tbsp milo
  • 1/2 cup chocolate chips (lagi banyak lagi sedap)

Methods ;
  1. Campur ovalette, susu pekat dan susu cair dalam mixer. beat dalam 10-12 minit sampai adunan jadik 2 kali ganda banyak atau istilah yang lebih senang, gebu. 
  2. Masukkan milo dengan chocolate chips tu. Masa ni beat pakai spatula atau sudu je.
  3. Bila dah sebati semua baru masuk dalam bekas and freeze kan ia selama 6 jam atau semalaman


sumber : google



Kan aku dah kata aku suka resipi simple. Sesuai untuk gadi bujang pemalas macam aku ngehngehhh. Selain dari tu, korang boleh letak oreo ke coffee ke strawberry ke blueberry ke. Ikut sukati mood korang lah nak makan ice-cream flavor apa ye. Selamat mencuba!







|
It's Me


Nama diberi Sarah Nabilah. 22tahun bila dah 21 Dec. Bachelor of Science (Hons.) Hotel Management. Pink adalah feveret color Feel free to read, comment and follow. Thanks for your visit ;*



Awesome People
Inche Ijai | Fatin Liyana | Fatyn Bella | Fatin Suhana | Anis Syafira | Zack Zukhairi | Pyka Rahmat | Maria Elena

Qoute ♥

Gossip