Take My Heart
Ketupat oh Ketupat :)
September 3, 2011 • 1:15 PM • 2 comments

Assalamualaikum.

Raya tidak lah seronok sampai melompat-lompat. Sekadar seronok bersamaan dengan seronok budak-budak je :) Saya balik Sekinchan bukan lah sampai seminggu macam orang lain. Dua malam sebelum raya sampai kampung, raya ketiga dah balik Rawang balik.

Saya excited nak berkongsi cerita dengan kalian pasal buat ketupat nie. Baru buat sekali rasa macam nak ketuk kepala kerat jari berkali-kali. Sungguh menguji kesabaran. MakNgah kata zaman dia kecik dulu nenek cakap siapa yang tak reti anyam ketupat tak kawin maka MakNgah dengan adik beradik perempuan dia berlari sepantas kilat duduk bersimpuh sebelah nenek sambil belajar anyam ketupat. Takut tak kawin punya pasal :)



Saya tengok MakJang buat ketupat palas, saya lari pergi dekat ketupat pulak. Dalam hati macam susah je nak buat ketupat palas tu -.-
Bila suruh belajar anyam ketupat pulak dah garu garu kepala. Taktau nak start macam mana. Tau tau semua jari dah ada kat dalam ketupat tu. Tapi dengan usaha yang keras tanpa kenal erti putus asa (cehh!) jadilah jugak walaupun rupa ketupat tu macam nak terbukak balik.




Abaikan muka saya tu -.-

Memang bukan rupa ketupat. Itu pun jadi lepas 2jam kemudian ^^ Nak tengok gambar raya? Dekat Facebook pun ada. Tapi disebabkan kali ni rajin melampau lampau, maka laju laju saya upload gambar :)



Baraan ialah amalan orang banjar berkunjung ke rumah orang-orang kampung lepas habis solat sunat raya. Feveret saya sebab mata saya bersih sangat-sangat lepas kena cuci dengan wira wira hensem yang datang :))


Harus lahh sayang family sendiri kenn ♥

Bersih 2.0. Siapa nak serang meh aa sini ^^

Ada lagy yang takde dalam gambar nie. Such a sporting family :))

Wirawati TokWan's Family sahaja :)

Yang ni seriously taktau apa motif diorang -.-

Petang raya pertama buat photoshoot raya laju laju sebab takut tak sempat kalau nak buat raya kedua. Ehem ehem, masa nak buat photoshoot nie, ada lembu kat tepi tu. Saya pakai merah awak tahu. Tiba tiba je lembu tu lari ke arah kita orang. Saya lari tak pandang belakang okayy. Saya lari lagi laju daripada motor yang lalu kat situ masa tu. Saya tak tipu ni (muka serious!) Rupa nya lembu tu bertali. Malu setahun saya sebab lelaki yang naik motor tu gelak kan saya -.-


Please cakap gambar nie cantik. Nanti saya belanja ice cream cornetto love :)

Raya kedua nie :)



Nama adik nie Aisyah Maisarah. Sangat petah. Penat sangat nak layan soalan dia tu. Mujur comel Abby saya nie :*


Tahun nie ada orang baru dalam family TokWan. Saya selalu gaduh dengan makcik baru saya ni. Gaduh manja sayang kata orang tua. Hehe. Suka lahh PakUda sebab tahun nie dye beraya berdua. Tahun lepas beraya sorang je :))

Maaf sebab entry kali ni panjang sangat. Excited nak letak gambar raya harus lah panjang panjang kenn. Again, Selamat Hari Raya :)




|
It's Me


Nama diberi Sarah Nabilah. 22tahun bila dah 21 Dec. Bachelor of Science (Hons.) Hotel Management. Pink adalah feveret color Feel free to read, comment and follow. Thanks for your visit ;*



Awesome People
Inche Ijai | Fatin Liyana | Fatyn Bella | Fatin Suhana | Anis Syafira | Zack Zukhairi | Pyka Rahmat | Maria Elena

Qoute ♥

Gossip