Take My Heart
Pregnancy Journey : Klinik Kesihatan Gombak Setia
March 16, 2017 • 10:05 AM • 0 comments

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Baby A (konpiden nye girl kikiki) sekarang dah nak masuk 14weeks. Sepanjang pregnancy first ni alhamdulillah baby baiikkkkkkkkkk sangat sangat tak bagi Ummi dia morning sickness lelebih. Maybe sebab dia tau abah dia pun nanti malas nak layan Ummi dia hahah so dia behave je dalam perut diam diam. Bagus nyaaaaaaa anak ummi! Nanti Ummmi belanja barang baby best best (lebih kepada duit abah)

Okay sekarang nak cerita pasal first time pergi KK. Aku punya takut dan fobia kepada klinik & hosp gov ni sampai tak tenang hidup resah gelisah. Before this aku checkup dekat klinik swasta je dekat Tunku Azizah. Lebih tenang, cepat, nurses pun tak kekwat heuheuuu. Okay back to the story, memula call KKIA AU2. Panggilan disambut dengan sangat ramah oh rasa nak gi sana terus tapi malangnya dia tak jaga kawasan Tmn Melawati then dia suh tanya KK AU2 (lain KK ye). Panggilan yang disambut juga sangat mesra masa tu rasa lega sikit tak takut sangat dah. Kat situ pun dia tak jaga jugakkk dia suruh call KK Hulu Klang siap bagi number lagi. Hampa lagi.

Then call KK Hulu Klang, nurse tu jawab dengan sangat rude T__T Terus decide nk gi swasta terus! Taknak pegi gov T__T KK Hulu Klang tak jaga Tmn Melawati jugak. Dia suruh call KK Gombak Setia hmm okay



Panjang nye intro.......................................

Okay.. aku dulu nak carik info pasal 1st time nk bukak buku pink kat kk gombak setia tapi takde orang nak share. This time meh sini aku share untuk korg. Tau ibu2 yang first time ni mana ada pengalaman langsung kan. Kalau terjumpa blog ni mana tau membantu sikit. Tak gitu? 
.
.
.
.
.
Appointment yang ditetapkan pun tiba. Bawak gambar scan je from klinik before sebab KK tu tak mintak apa apa melainkan gambar scan huhuhu. 7am dah keluar rumah naik motor ke KK dengan suami. sampai dalam 7.20am aku rasa. tengok pun dah ramaiiii. Pada mula aku duduk terus kt ruang menunggu tu lepastu bila tanya cane nak daftar dekat akak pregnant depan tu, dia suruh letak IC dalam kotak yang tulis 8am. Kalo aku tak letak tu tadi alamatnya tak dapat no la aku.

Then nurse akan panggil nama. Uols tunggu je sampai nama uols dipanggil then dia akan bagi no sekali dengan cawan (untuk letak urine uols). Terus je gi toilet, setel dalam toilet letak cawan itu dalam bakul tepi toilet tu je. Then tunggu lagi dalam..... emmmm setengah jam ke lebih aku pun tak ingat sebab sibuk tengok tepon hihihi. Next step no kena panggil untuk amik darah. Tang ni sis takut T__T Tak pandang sikit pun masa dia amik darah. Tengok masa jarum nak ditarik keluar je wuuuuu. 

Lepastu nurse bagi darah tu nurse suruh bawak gi makmal kat bangunan sebelah. Emm yang ni uols kena tanya orang kat tepi2 tu sebab pintu masuk dia macam tersorok sikit. Tak lama pun tunggu result tu tak sampai 5 min pun. Bawak result balik gi kt bilik tempat korang amik darah tu then tunggu lagi sampai no dipanggil. Seterusnya, masuk bilik no 5, ramai nurses dalam tu. Masa aku haritu budak intern yang interview so macam tak garang sangat aa hhihih. Korang jawab je soalan dia akan tolong isi kan dalam buku pink tu. Dah setel semua keluar lagi tunggu lagi nurse panggil. Masuk lagi sekali dalam bilik no 5. Kali ni nurse yang attend. Emmm boleh tahan jugak dia tu muka je lembut hmmm. Then baring dia check perut blablabla pastu kua.

Last sekali jumpa doktor. Doctor baik sangat sangat sangat very friendly buat lawak macam aunty ilah je rasa yang check tu oh I terharu. TAPIIIII sebab dia ni laaa dia perasan bmi aku lebih 27 so dia suruh minum air gula 2x. DUA KALI. hmm..... harap2 sedap je air tu..
Pastu doktor suh baring nak scan baby. Part ni aku sukaaaaa sangat! Boleh tengok baby heheh. Baby aktif melompat menendang bergerak-gerakk wuuuu perasaan jadi mak tu T___T aku gelak2 kot nampak dia gerak hihihi doktor pun join gelak sekaki.


Okay ni betul2 last. Dah setel dengan doktor, pergi bilik amik darah tadi utk buat appointment minum air gula tu then gi balik kt meja registration tu confirm kan appointment then balikkkk. yeay! 7.30am-10.45am baru setel huhuhu

goodluck mommies!

Selamat Hari Wanita
March 11, 2017 • 12:41 PM • 0 comments

Assalamualaikum.



Hebat kan perempuan. Dia boleh buat seorang lelaki berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

Hebat jugak perempuan, boleh bawak satu nyawa dalam rahim 9bulan 10hari. Sebesar mana pun pengorbanan seorang lelaki, besar lagi pengorbanan perempuan.

Tapi selembut lembut hati perempuan, bila hati dia dah keras, takde apa yang boleh ubah balik hati dia untuk jadi lembut.

Happy Women's Day




It's Me


Nama diberi Sarah Nabilah. 22tahun bila dah 21 Dec. Bachelor of Science (Hons.) Hotel Management. Pink adalah feveret color Feel free to read, comment and follow. Thanks for your visit ;*



Awesome People
Inche Ijai | Fatin Liyana | Fatyn Bella | Fatin Suhana | Anis Syafira | Zack Zukhairi | Pyka Rahmat | Maria Elena

Qoute ♥

Gossip